Friday, October 03, 2008
.:: Raya oh Raya ::.


~ Jars of happiness ~

Hari ni dah pun 3 Syawal.. Alhamdulillah, hari raya berjalan lancar...tapi, penat sgt!! Huwaargghh!!! =(( Ramai betul org datang tahun ni, tak kesahlah..janji meriah!! =D Dan saya sgt happy sebab buat julung2 kalinya ada jugak anggota CheE-Kye yg berkunjung ke rumah...tak lain tak bukan, Miss Reillo..heheheh... Thanks bebeh sebab sudi datang... Ada rezeki kita jumpa lagi.. ;-)

Bermula dari malam raya, saya telah dilantik utk memegang satu position - cameraman. Tak kesah lah sama ada cameraman utk still pictures mahupun video, saya lah cameraman itu...ahaks! :-p Best best. Lepas ni mungkin leh buat production house, bisnes video..hahahaha...bukan kisah pramugara terlampau ok?? =)) =))

Seperti tahun2 sebelum ni, family saya memang tak pernah ada warna tema utk baju raya. Tapi, tahun ni saya, mama & Fatin dah sepakat nak pakai baju hijau. Abah jer kitorang wat kelainan sket - silver! Yeahh...abah ternyata sungguh smart & berkilau dgn baju Melayu silver & sampin petak2 biru laut itu..heheheh.. We like!! =D

Dari raya pertama sampailah raya kedua, saya & family tak dpt keluar beraya..sebabnya kami menerima kunjungan2 dari tetamu yg tak putus2..  Jadi hari ni baru saya & mama berkesempatan utk keluar dari rumah..pergi kenduri & jalan2 rumah nenek & tok sedara.. Fatin & Abah telah berangkat ke Melaka.. Malam tadi abah balik rumah balik..heheheh... Buat adinda, good luck for your final exams starting on this Monday! =D Jgn serabut2.. :-p

Ok, tu jer utk hari ni.. Next time saya mengarang lagi.. Buat semua, harap belum terlambat utk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir & batin.. =D


~ With my beloved family ~


~ Misi penaklukan Miss Reillo telah berjaya ~

p/s: Hari-hari hari raya... :-p

Posted at 10:54 pm by wsdiyana
(2) voices  

Monday, September 29, 2008
.:: Maaf Zahir Batin ::.



p/s: Jemput ke rumah! ;-)

Posted at 02:42 am by wsdiyana
5peak up!  

Saturday, September 27, 2008
Seducing Mr. Perfect Review




Yaa...Setakat ni hanya beberapa sahabat saya jer yg tahu betapa gilanya saya pada filem ni, tapi hari ni biarlah satu dunia tahu!! Muahahhah!! =)) Untuk menunjukkan kegilaan saya, maka hari ni saya nak buat review.

Filem Korea ni mengisahkan tentang 2 org yg ada persepsi berbeza dalam love & relationship. Starting utk filem ni bila sorang perempuan Korea (Min-June) ni ditinggalkan kekasih yg masuk kali ni dah tiga kali kena tinggal. So sad. Alasan yg selalu org bagi dia terlalu baik, naif, korbankan segala-galanya utk cinta & komitmen sampai lelaki jadi boring. Dalam masa yg sama, on the way ke office, dia terlanggar sebuah kereta yg owner dia sgt laa macho, handsome & bergaya..hahahha..(ini hanyalah deskripsi dari pendapat penulis). Nak dijadikan cerita, that guy turn out jadi bos baru Min June and nama dia Robin Heiden. Dalam cerita ni, Robin is portrayed sbg foreigner & sepanjang filem ni dia speaking English semata-mata. =D

Friendship between Min-June & Robin bermula bila Robin personally lantik Min-June sbg assistant dia & uruskan satu projek utk ambil alih satu company Jepun, Maeda. Robin dpt tgk pontential Min-June utk success dlm karier, so that's why dia bagi peluang pd Min-June. Dalam masa yg sama, diorang mula belajar pasal personaliti masing-masing yg pada dasarnya sgtlaa berbeza. Min-June seorang yg sgt sgt loyal dalam relationship, percaya pada true love & sanggup buat apa saja utk memenangi hati orang yg dia suka. Robin pulak tak percaya pada true love & lebih suka treat love & relationship sbg satu game yg perlukan strategi utk permainan emosi. Lepas2 Min-June ditinggalkan kekasih dia, Robin was there tapi Robin lebih suka bagi nasihat yg sinikal yg mana Min-June tak dpt terima. Sampai satu tahap kemarahan yg amat, dia suruh Robin minta maaf pada dia tapi Robin tak nak sebab dia rasa apa yg dia cakap betul. Atau dlm erti kata lain, dia ego lah. :-p Tak cukup dgn tu, dia cabar Min-June utk buat dia merayu & minta maaf. Maka start dari situlah bermulanya operasi Min-June utk tawan hati Robin. =D

Macam-macam cara Min-June buat dlm operasi dia, memang funny. Di saat-saat terakhir operasi, Robin pun dah mula ada perasaan pada Min-June. Tapi nak jadi cerita gf Robin from US datang Korea & ex-bf Min-June pulak merayu balik. Disebabkan takut pisang berbuah utk kali keberapa, Min-June mintak nasihat Robin utk guide dia dlm relationship baru dia, so dia takkan buat kesalahan yg sama. Dari situ Min-June belajar approach Robin dlm relationship, yg mana dia byk manipulate perasaan pasangan dia, so that org akan melayan dia seperti seorang queen. Ex-bf Min-June terus-terang pada dia yg dia tak suka Min-June yg baru ni sebab dia suka Min-June yg dulu, yg ikut cakap dia, yg buat apa saja utk dia. Min-June bengang sebab baru dia faham yg sebelum ni dia hanyalah satu boneka semata-mata. Akhirnya, diorang clash for good.

Min-June kongsi pendapat dia dgn Robin pasal love & relationship. Lepas2 dia ikut guidance yg Robin bagi, dia rasa konfius sebab dia rasa dia tak sanggup manipulate perasaan seseorang. Dia lebih rela jadi macam dulu, selalu ambil berat tentang pasangan, luangkan masa sama2 etc. Robin pulak dah mula tunjukkan soft side dia lepas memahami Min-June sebenar-benarnya. But still, diorang masing-masing tak luah perasaan walaupun diorang tahu ada something going on. ;-)

Robin dpt naik pangkat jadi pengarah urusan & kena balik ke US. Mula2, Min-June tak tahu tapi akhirnya tahu jugak lepas gf Robin, Jennifer inform. Jennifer dpt rasakan sesuatu yg lain pada Robin sebab dia rasa Robin tak macam dulu. Dia pun tahu yg Robin ada perasaan pada Min-June. So, one day Jennifer jumpa Min-June & stori pasal first love Robin. Sebenarnya Robin ni dulu pernah suka kat sorang perempuan & tak boleh let her go walaupun setahun berpisah & perempuan tu dah ada bf lain. Lastly, perempuan tu tembak Robin kat dada & sejak itu baru Robin faham yg it's over & perlu lupakan perempuan tu. So, barulah kita faham kenapa selama ni Robin jadi egois & treat percintaan sbg satu game sebabnya dia dah pernah terluka.

Dlm final projek Robin utk ambil alih company Maeda, dia planning utk tukar nama company tu. Tapi since org Jepun sgt2 pentingkan nama & brand, diorang tak setuju & nak batalkan deal diorang. Min-June selamatkan keadaan dgn ceritakan pada org2 Jepun ni kenapa Robin perlu sgt tukar nama company tu. Rupa-rupanya Robin dah pernah berjanji pada datuk dia yg dulu pernah berkhidmat setia dgn syarikat Maeda selama lebih 30 tahun hingga ke akhir hayat. In the end, org Jepun tu janji utk usahakan niat Robin dgn persuade board of directors Maeda.

Robin sgt terhutang budi pada Min-June. Akhirnya dia minta maaf pada Min-June atas kata2 dia sebelum ni tentang Min-June tak ada harga diri etc. So, dia cakap yg lepas dia mengenali Min-June, dia tahu yg Min-June sebenarnya lebih cantik dari mana-mana perempuan yg dia pernah kenal & Min-June lebih berharga drp mana2 cinta lelaki.. Auww...so sweet... Rupa-rupanya jugak, Robin start suka Min-June dari mula2 diorang accident lagi. Ahaks! Well, happy ending. =D

Apa yg aku suka pasal cerita ni selain dari hero yg sgt hensem ialah penggunaan bahasa utk conversation. Seperti tak ada jurang langsung even though Robin berbahasa 100% English & Min-June 90% Korean. So pada aku filem ni success utk capai matlamat 'cinta tak mengenal adat budaya & bahasa'. Filem ni lebih fokus pada basic2 dlm percintaan daripada percintaan between org asing & tempatan. So, kudos buat director! =D

Kalau nak tgk filem ni secara percuma, layarilah YouTube dgn segera! :-p Full movie dari awal hingga akhir. Rugi tak tgk..hehehehe... Bagi saya, saya dah ada DVD pun..muhahahha...Speedy JJ Melaka & Miss Reillo menjadi saksi..ahaks! =))

p/s: Lagu dlm trailer tu tajuknya Kissing Me... Hero dia sendiri yg nyanyi tau.. Don't play play!! Ahaks! =))

Posted at 01:15 am by wsdiyana
(2) voices  

Thursday, September 25, 2008
Fiuh~~

Fiuh~~ Semput. Tu jer perkataan yg leh dikata lepas balik dari misi ke Melaka. Sebaik menjejak kaki ke dalam bas di stesen Jln.Hamzah KB pukul 8 mlm 21hb, maka perjalanan saya utk menakluk Melaka selama 10 jam bermula..hehehe..lama banget tak naik bas ke Melaka, jadi masa dlm bas tu adalaa aura-aura sayu dan nostalgia..ahaks! Nostalgia ketika masih menjadi pelajar MMU Melaka beberapa tahun lepas... ;-)

Dalam bas, utk menghilangkan busan, saya dgr mp3 dari handphone saya. Dlm playlist favourite saya, ada lagu2 seperti Time of Your Life - Greenday, You Raise Me up - Josh Groban, Flying Without Wings - Westlife, Better Man - Robbie Williams, So Close (soundtrack Enchanted), dan byk lagi. Maka terawang-awanglah saya sepanjang mendengar lagu2 tersebut.. Di luar bas pulak, hujan turun renyai2..hehehhe.. Macam drama perantauan jerk.. =))

Saya tak dpt tido dlm bas. Tido pun dlm 2 jam jer..huhuhu... Tu pun lepas bersahur set double cheeseburger kul 4. Yaa, Miss Tropical..sebaik anda sms saya itu, saya telah pun selamat tertidur.. :-p Tapi masuk pukul 5.45, mata saya kembali terbuka. Kerana bas telah menghampiri area Alor Gajah.. Alhamdulillah, tiba juga saya di bumi Hang Tuah. Dlm pukul 6.30 cam tu, bas akhirnya tiba di Melaka Sentral. Terkesima. =D


~ Melaka Sentral di pagi yg hening ~

Selepas menunaikan solat subuh di surau, saya sms Miss Reillo. Sambil berehat-rehat menunggu beliau, saya memerhati keadaan sekeliling. Ada yg berubah, ada yg tidak.. Tak kesahlah sebab zaman pun dah berubah.. ;-) Akhirnya pukul 8 pagi, Miss Reillo tiba. Adus!! Sama2 berbaju pink laa pulak!! Hahhaha!! =)) Kami sama-sama menyusuri jalan ke Bukit Beruang, Miss Reillo ikut jalan shortcut.. Wahh...zaman dulu tak taupun kewujudan shortcut itu..hehehhe.. Ok, dipendekkan cerita kami tiba di kediaman Miss Reillo di Tmn. Dahlia.. Berehat-rehat sambil berborak, gelak2, itulah aktiviti kami di rumah..hehehe..Lepas Miss Reillo ke kelas, saya menonton YouTube..kahkah!! Time ni jer dpt merasa internet laju, maka saya pun apalah lagi kan.. >:-) Buat Miss Tropical, saya dah menonton gameshow We Got Married tu..heheheh.. Cute sgt!!!

Saya terlelap kejap hampir 1 jam lepas2 menutup laptop Miss Reillo. Sebaik Miss Reillo pulang dari kelas, kami pun bergegas ke Jaya Jusco.. Yaa..masa yg dinanti-nantikan!! =)) Masa tu dah pun pukul 1 tghhari. Mula2 saya pergi redeem point. Tahu tak 2500 point sama dgn RM20 baucer? Hehehhe... Point saya ada dlm 3000++, tapi saya redeem 2500 jer. Balance tu saya halalkan jer lah.. :-p Saya guna baucer tu masa beli blouse 2 helai dan sehelai seluar slack.. Yaa, tak lama lagi saya akan bekerjaya, kenalaa biasa2kan dgn seluar slack..uhuks! Kat JJ jugak, saya tak dpt menahan obsesi saya yg satu ni, maka saya pi jugak beli dvd satu filem korea ni..hahahhaha... Tak kesahlah, saya kalo dah suka...saya suka laaa!! =))

Dipendekkan cerita, kami pulang dari JJ dalam pukul 3. Lepas berehat kejap, kul 4 Miss Reillo menghantar saya ke EP. Akhirnya saya bertemu jua dgn adinda saya. Oh EP...kediaman saya selama 3 tahun di MMU dulu...huhuhu... Oklah, kul 5 akhirnya saya & adinda saya menaiki teksi ke LCCT. So, goodbye Melaka! ;-)


~ Miss Reillo & Miss Dolce ~

Hampir 2 jam di dalam teksi, kami tiba di LCCT pukul 6.45. Terus saya & adinda bergerak ke Food Garden..Yaa, masa berbuka dah hampir tiba!! Saya & adinda beli nasi briyani..pemurah betul org yg menjual tu, siap bagi keropok & kurma...huhuhu... Terima kasih banyak2.. Dgn RM13, kami dapat 2 pinggan penuh nasi briyani, ayam madu, sayur kubis, keropok dan kurma. =D Kesimpulannya, memang puas hati.. Minuman? Saya memilih 2 gelas ice lemon tea, manakala adinda saya 1 gelas milo ais..hehehhe...saya terlalu dahaga ya amat... Saya tak kesah kalo ada mata yg memandang, I actually don't care!! =))

Lepas berbuka & solat jamak, kami berlari2 anak utk check in. Flight kami pukul 9.15. Jadi check in satu jam sebelum sebab malas nak mengheret beg lama2. Dlm dok menunggu, kami sempat lagi shopping coklat..hahahah... Dah jadi satu kewajipan kot.. =)) We love dark chocolate!! Nyum nyum..

Pukul 9.15, kami naik flight. Majoriti yg bertugas malam tu pramugara. Pramugari ada sorang jer. Kapten pulak dua2 Melayu..heheheh.. Pukul 9.30, flight bergerak.. Akhirnya dlm pukul 10.15, tibalah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.. Tamatlah sudah journey saya selama 26 jam selepas merentas hampir separuh semenanjung Malaysia... ;-) Terasa mcm mimpi pun ada..hehehhe...

p/s: Tak sempat menjejak kaki di MMU... Mungkin di lain hari insyaAllah... ;-)

Posted at 04:40 pm by wsdiyana
(2) voices  

Sunday, September 21, 2008
Mission: 10 hours in Malacca

Tarikh: 22 September
Masa:
7 pagi - 5 petang

Objektif:

  1. Membawa pulang adinda pulang ke KB dgn selamat..hohoho...
  2. Meluangkan masa seoptimum mungkin bersama Miss Reillo..ahaks!
  3. Me'redeem' points J Card..muahahhaha!! =D

Kesimpulan:

Semoga objektif-objektif yg telah dinyatakan dapat ditunaikan.. ;-)


Maklumat Tambahan:

Miss Reillo, nantikan kemunculan saya di Melaka Sentral..yeehaaa!! =))

p/s: Tak sabar nak masuk JJ...kahkahkah...

Posted at 03:31 pm by wsdiyana
(2) voices  

Sunday, September 14, 2008
Penangan Big Apple Di Bulan Ramadhan..

Semalam pergi Tesco, sebelum balik singgah Big Apple...


~ Big Apple logo ~

Dan hasilnya, inilah yg kami bawa pulang...


~ Yummy Donuts :-p ~

It was heaven!!! =D By the way, ke-enam2 donat tersebut telah selamat diisi di dalam perut..muhahahhaha!! =))

p/s: Hidup utk donat..kuikuikui... :-p

Posted at 10:53 pm by wsdiyana
(10) voices  

Thursday, September 11, 2008
Saya bukan spy :-p

Hari ini saya pergi menunaikan tanggungjawab saya sebagai pembela kucing yg penyayang dgn membeli makanan di klinik haiwan yg tidak jauh dari rumah saya... ;-) Selepas langsai membeli makanan berjenama Science Plan seberat 5kg, maka saya meneruskan perjalanan saya ke pejabat pos utk menghantar kad-kad raya buat sahabat2 & sanak saudara yg tersayang... Jadi buat rakan2 sekalian, nantikan kemunculan kad raya anda dgn penuh sabar!! Ahaks! :-p

Oklah, dipendekkan cerita selepas pulang dari pejabat pos, maka saya pun berkeputusan utk pulang ke rumah. Disebabkan ketika itu waktu sudah hampir petang, maka jalan pun mulalah sibuk. Tapi diteruskan juga perjalanan utk pulang ke rumah. Sebaik membelok di simpang sebuah restoran yg agak terkemuka di KB ni, saya terpaksa berada dalam posisi seperti kereta api yg mana kereta-kereta beratur panjang melalui jalan tersebut. :-| Tapi tak perlah saya fikir, rumah saya pun bukannya jauh sgt dah. Kereta saya bergerak di belakang sebuah kereta Viva putih.

Sebaik mengambil simpang pukul 9 di roundabout utk ke kampung saya, saya dapati saya masih berada di belakang kereta Viva putih tadi. Jalan kampung saya ni sempit, so takleh laa nak lintas. Maka saya pun ikut jerlaa..bertomakninah laa katakan.. :-p Nak jadi cerita, kereta Viva depan saya tu masuk ke simpang sebelah kanan utk ke kawasan rumah saya. Saya pun ikut jerlaa lagi. Selepas beberapa ketika, kereta Viva tu tetiba berenti kat tepi jalan sebelah kiri. Saya agak konfius. Tak perlah, saya pun terus jer laa ke depan. Then saya tgk cermin, kereta Viva tu masuk balik jalan lepas kereta saya lalu. Ketika itulah saya terfikir...

"Mesti Viva ni ingat aku mengekor dia.."

Hahhahahahha....sabar jer laa... Aku tahan jer gelak, tapi dlm hati bukan main geli hati =)) Tak sampai berapa saat lepas aku lintas Viva tu, tibalah sudah di depan pagar rumah aku. Kerana pagar rumah aku bukan pagar automatik, so terpaksalah aku berhenti utk bukak secara manual. Kereta Viva tadi pun lintas aku balik dan dapat aku lihat dari jauh kereta tu masuk kawasan rumah dia... Lepas2 aku parking kat garaj & tutup pagar, aku terfikir sorang2...

"Ganas sgt kaa aku ni sampai org ingat aku mengekor dia??"

Hahahhaha...Takkan laa saya yg bertudung litup ni gangster nak cari pasal ngan org pulak kan... =)) Tolonglah pakcik, saya bukan pengintip & saya tak mengekor pakcik.. Lainlah kalo org tu org yg saya minat, memang logiklaa jugak kan saya nak mengekor...kuikuikui.. =D Betul tak??

Anyway, saya berbangga kerana ada org takut kat saya rupanya...hahahahha... >:-)

p/s: Peace pakcik, peace!! (",)

Posted at 11:54 pm by wsdiyana
5peak up!  

Saturday, September 06, 2008
My favourite Ramadhan dessert =D







Oh yeah...inilah dessert kesukaan saya di bulan Ramadhan.. Agar-agar!! =D Saya & family suka makan agar-agar dgn susu cair.. Rasa sejuk jer jiwa ni.. We like!! hehehe... ;-)

p/s: Suka tagline Ramadhan TV9: Ramadhan - Hikmah Dalam Kesabaran... =D

Posted at 12:37 am by wsdiyana
(3) voices  

Monday, September 01, 2008
Salam Merdeka & Salam Ramadhan!

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-51 buat semua rakyat Malaysia & Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam keseluruhannya... Semoga kita semua dikurniakan limpahan rahmat dari-Nya untuk terus cekal sepanjang bulan yang mulia ini.. ;-)

Buat ayahanda & adinda saya, jgn lupa bangun sahur & berbukalah di waktu yg sepatutnya..hehehhe... Agaknya kalo saya di Tawau seperti ayahanda, confirm tak terbangun laa nak sahur pukul 4 pagi. :-p

Buat rakan2 seperjuangan walau di mana anda berada, Selamat Berpuasa & ingat2lah saya di sini...huhuhuhuhuhuhuhu..... Mohon ampun maaf utk setiap kesalahan yg telah dilakukan...

p/s: Rindu pasar Ramadhan di Mosque Square MMU Melaka... =(( =((

Posted at 12:29 am by wsdiyana
(2) voices  

Saturday, August 30, 2008
My latest obsession!!

  • The X-Files fanfic (Oh tidak!!! Ianya berulang lagi selepas beberapa tahun!!)
  • LOTR fanfic (Aiyakkk!!!)
  • Tesco Hot Chocolate (Nyum nyum!! =D)
  • TV (My current best friend! Hahahah!!)
  • Allan Wu (Kahkah!! =D)

p/s: Saya minat betul kat Richie Ren lah!! =)) =))
AMARAN: Sila jauhkan saya daripada jejaka2 hensem berwajah Cina ok? =p

Posted at 01:40 am by wsdiyana
(4) voices  

Next Page


wsdiyana
October 10th 1984  (Age 23)
Female
Malaysia
Status: In a relationship
Hobbies: Reading, listening to music, watching tv, movies, daydreaming..heheheh...
About me: I'm too difficult to understand! So, don't try to understand me.. Ahaks.. :-p
Fav. quote: Shoot for the moon! Even if you missed, you'll land among the stars... - Les Brown

   

<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed