Sunday, September 27, 2009
Pi's Story (Shark Bait)





Baby Jun - Pi (Ikan oren)
Leader - Ketam photographer
Jung Min - Dolphin
Kyu Jong - Ketam monyok & kerang

p/s: Hahhahahahhah!!! Watak & suara leader pervert siottt!!! =))

Posted at 04:35 pm by wsdiyana
5peak up!  

Friday, September 25, 2009
Raya datang lagi...


~ Wan Ghani's family ~

Ahaks! Hari ni dah raya ke-6. Selamat hari raya!! =D Semalam abah dah balik ke Tawau. Hari ni pulak Fatin dah berangkat ke Melaka. Maka seperti sediakala tinggallah saya berdua ngan mama utk meneruskan aktiviti-aktiviti harian sementara panggilan ofis belum tiba hari Ahad nanti...hahaha... :-p Life is beautiful...

Aktiviti minggu raya ni boleh tahan jugak. 3 hari raya pertama tu mmg tak kuar rumah sebab tetamu datang tak putus-putus..alhamdulillah... Yang best adalah mama yg prepare macam2 jenis menu dari hari ke hari... Sampailah hari raya ke-4 tu buat sandwich..hahahahha!! Dah muak makan gulai dan sebagainya kottt!!! =)) Raya ke-4 pun masih ramai yg datang rumah...yezza...tahun ni raya sgt meriah!! I likeee~~~ =D Thanks banyak2 buat yg berkunjung... Bagi yg tak sempat berjumpa, ada rezeki kita jumpa lain kali ok? ;-)

Hari ni baru saya & mama nak kuar beraya.. Plannya nak pegi open house rumah jiran & ziarah saudara yg baru balik umrah.. Kelmarin sibuk ngan kenduri-kendara.. Kt kampung ni jerk ada 6 kenduri kot!! =)) Maka selamat pengantin barulah buat mereka.. Ahaks!

Rakan-rakan CheE-Kye yg masih berminat nak pi bercuti di Sabah, silalah start kumpul duit!! Sediakan dalam RM 1.5k sebab duit sebanyak tu mmg dah sedap utk shopping, flight etc. Ahaks! Target kita bulan Mac atau April ok? Setuju? =D Lokasi secara spesifik akan kita discuss kemudian. Tapi saya rasa kalo nak pi visit byk tempat menarik adalah di KK unless kalo anda mmg berminat nak pi Sipadan, then kita ke Tawau. Btw, kat KK pun ada island yg cantik..hehehe...maaflah, beta dok terbayang Gaya Island dari tadi..aarghhhh!!! SS501!!! Sakit kepalaku... 8-}

Ok, once again... Selamat Hari Raya Aidilfitri!! Maaf zahir batin... ;-)


~ Candid shot! ~


~ Real pose: Half of Arwah Chek Daud's family members ~

Posted at 01:00 pm by wsdiyana
5peak up!  

Friday, September 18, 2009
=D

glitter logo maker - http://www.sparklee.com


p/s: Maaf zahir & batin.... =D

Posted at 02:01 am by wsdiyana
5peak up!  

Saturday, September 12, 2009
Fighting!!!~~~~



p/s: Suka part YS sebut "Kota Kinabalu"... Sgt accurate!! Miahhahahah~~

Posted at 10:23 am by wsdiyana
(2) voices  

Friday, September 11, 2009
Perlukah saya kisah??

Saya emo sket hari ni. Sebab saya cukup pantang bila ada org memandai-mandai pertikai satu-satu keputusan yg saya buat dalam hidup saya. Adakah saya mengganggu hidup mereka? Rasa tak langsung kot... Ada saya kacau duit saving mereka? Tak kot... So apa masalah diorang sebenarnya?? Mereka cukup baguskah utk nasihat saya?? Sila jawab!!!

Keputusan yg saya buat bukannya saja-saja disengajakan. Saya akan buat keputusan selepas menimbang tara semua pilihan yg ada di depan mata saya. Saya buat keputusan bukan utk diri saya saja, tapi utk semua org di sekeliling saya. Kalau utk diri saya saja, udah lama saya tak menetap di bumi Kelantan ni. Sampai bila? Ya ampun... apa masalah mereka? Dengkikah dengan diri saya yg mampu menyimpan separuh gaji saya tiap-tiap bulan? Apakah??? Cuba cakap sikit!!!

Selagi saya tak disunting, saya insyaAllah akan berada di sini. Cakaplah apa nak cakap, I don't really care ok?? Mereka bukan diri saya & saya bukan diri mereka. Saya ada wawasan (bak kata Awie dlm Zombi Kg.Pisang) =)) Plus, mereka tak pernah melalui liku-liku kehidupan saya yg terdahulu, semasa saya di Melaka, di Shah Alam. Jadi jgn pandai2 nak assume yg mereka faham hidup saya! It's my life and this is how it should be!! Saya mau enjoy dgn life yg saya ada sekarang since hidup saya adalah sgt seronok sebenarnya!! =D I can have whatever I want, I can do whatever I want to.. So, my life is actually great!!! Salahkah hidup saya sebagus ni? Haissshhhh.... Hampes betul laarr diorang ni...

p/s: Sangat ingin menjerit di tepi pantai!! Aaarghhhhh!!! X-(

Posted at 12:11 am by wsdiyana
(4) voices  

Monday, September 07, 2009
As always.... :-p

Your Soul Is Connected to the Fall
You are a somewhat sensitive soul with a tough exterior. You are street smart and wise about the world.
You have the heart of a poet, but you're not too eager to let anyone else see it.

You are very creative and deeply talented. You are still looking for the perfect outlet for your expression.
You embrace change and think the cycles of life are beautiful. You don't shrink away from the darker elements of life.
Blogthings: We'll Tell You The Truth... Someone Has To!

p/s: Sudah beres shopping raya!! Yeehaaww!! =D

Posted at 10:23 pm by wsdiyana
5peak up!  

Friday, September 04, 2009
................................

Posted at 12:18 pm by wsdiyana
5peak up!  

Monday, August 31, 2009
A journey to remember...



~ Us at Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya ~

29hb Ogos


Bangun awal utk bersiap sedia ke airport. Flight pukul 9.15 pagi, tapi since abah yg akan drive ke airport menyebabkan saya terkocoh-kocoh bersiap sblm pukul 7.45!! Hahahahha... Jika anda mengenali abah saya, so anda taulaa beliau camana.. =)) Di airport utk mengisi masa lapang saya telah di'promote' utk membeli barang2 kemas silver + diamonds yg dikatakan less 70%. Tapi maaflah, saya tak leh pakai barang2 kemas selain daripada emas tulen sendiri kerana kalau tak akan menyebabkan kegatalan yg amat di kulit saya..hohoho... Apapun, diakui barang2 yg dipaparkan itu cantik-cantik belaka!! =D

Masa utk masuk ke balai berlepas. Menunggu flight tiba. Sgt ramai manusia!!! Sebabnya ada 3 flight yg akan berlepas pada waktu tu, cuma selang 5/10 minit tiap satu: AirAsia, Fireflyz & MAS. Disebabkan saya menaiki MAS, maka kami adalah yg terakhir sekali diajak masuk ke perut flight..hehehhe.. Yaa, udah lama saya tak menaiki MAS, lebih setahun kot. Masuk dlm flight, MAS ada perubahan!! Terutamanya dari segi warna seat..hehehehe...Very colourful!! =D Agaknya sempena The Colourful Malaysia.. ;-)



~ Colourful MAS ~

Flight bertolak pukul 9.20 selepas memberi ruang utk flight2 lain berlepas. Disebabkan sekarang adalah bulan Ramadhan, maka minuman hanya disajikan kepada non-Muslim & children. Tapi salted peanuts masih lagi diedarkan utk semua.. Bezanya, tak leh makan dalam flight..heheheh.. 55 minit di udara, akhirnya tiba di KLIA pd pukul 10.20. Alhamdulillah...

Di KLIA, saya berehat-rehat di surau. Ditemani dgn majalah CLEO, saya berada di surau hingga pukul 12. Kemudian saya meneruskan langkah kaki saya utk melihat-lihat di mana lokasi KLIA Transit yg akan saya naiki nanti sebaik Fatin tiba pada pukul 3. Tgh2 berjalan saya ternampak seseorang!! Yaa, mata saya tak menipu. Itu mmg rakan saya di MMU dulu yg skrang telah berprofesion sbg seorang pramugara..wahhhh...beliau sungguh smart skrang ni!! Miahahhah... Terus saya menegur beliau & menyebabkan beliau tersentak & berhuhahuha... =)) Zach, I'm very proud of you!! Sempat sembang sepatah dua kerana beliau terpaksa rushing utk ke Miri. Hari ini telah membuktikan yg rakan-rakan saya telah pun menjadi 'orang' dengan jayanya.. Alhamdulillah.. ;-)

Kaki ini terus melangkah keluar dari balai ketibaan & saya duduk berehat di kawasan Domestic Meeting Point A hingga Fatin tiba pada pukul 3!! Wah...penyabarnya saya rupanya!! Wakakka!! =)) Anyway, lepas Fatin sampai & sembang2, dlm pukul 3.45 kami turun ke terminal KLIA Transit & membeli tiket ke stesen Putrajaya/Cyberjaya. Ilmu baru!! Nak naik tren KLIA Transit kena tekan button kat pintu ok? Hehehehe... :-p Tren bergerak pukul 3.50 dan tiba di stesen Putrajaya pukul 4.05. Cepat sungguh!! =)) Menemani Fatin bersolat, akhirnya pukul 4.40 Dyqq & Zurin tiba di Putrajaya Sentral utk mengambil kami. Perjalanan kami seterusnya adalah ke Alamanda utk bertemu pula dgn Jimah & Yan.

Pukul 5 lebih tiba di Alamanda. Bertemu juga kami semua. Wakakkaka!! Selepas beberapa siri & aksi menaiki/menurun escalator barulah ada jodoh kami berenam.. Sgt lawak! =)) Destinasi seterusnya adalah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Keluli. Cantik sgt!! Ibarat terapung di atas tasik. Cumanya masjid tu tak siap lagi sepenuhnya, tapi Dewan Utama utk solat dah dibuka. Pemandangan dari masjid sgt magnificent!! Tenang sgt.... ;-) Mungkin kerana ada water effects di sekeliling masjid yg ala-ala Istana Alhambra di Andalusia.. Very nice!! Utk lebih byk gambar, sila klik di SINI.



~ View dari dalam masjid ~

Lepas selesai sesi bersolat & fotografi, kami bergerak ke Pasar Ramadhan utk membeli juadah berbuka puasa. Byk sungguh makanan dibeli!! Hahahhaha!! Selesai membeli, akhirnya pulang ke hostel Kak Jah..wkakakakak!!

Aktiviti di rumah Dyqq selain dari berbuka puasa adalah bersembang, menonton Operation Love episod 1, bergosip & menonton SS501 di YouTube..hahahhaha... Sgt seronok dpt sembang ramai-ramai... Membuatkan terkenang zaman di MMU dulu... ;-) Bergema rumah Dyqq malam tu!! Kemudian disusuli dengan aktiviti berjual-beli kuih raya & aksesori2 kristal..wakakakka.. Thanks semua sebab melicinkan perniagaan saya hari itu.. =)) Alhamdulillah... Dalam pukul 11.30 Zurin terpaksa beransur.. Kami berlima yg tinggal meneruskan aktiviti hinggalah pukul 2.00 pagi... Sebelum terlelap, saya set jam utk sahur pada pukul 5.


30hb Ogos

Saya bukak mata. Hari dah cerah!!! Check jam di hp, pukul 8.00!!! Hahahahha!! Sekor pun tak terjaga nak sahur... Ya ampun!!! =)) Nasib baik byk melantak gak semalam. Tapi still rasa perut kosong..huhuhu... Sabar jer laa... 8-}

Aktiviti hari ni sembang2 & bersiap-siap utk menghantar saya & Fatin ke Putrajaya Sentral. Since flight saya adalah pukul 3.10, maka saya perlu berada di KLIA selewat-lewatnya pukul 2.00. Dgn menaiki Pajero Yan yg tinggi itu kami ke Putrajaya Sentral pukul 1.30. Ahaks! Semoga berjumpa lagi rakan2!! Walaupun pertemuan kita singkat, tapi pengisiannya yg menyeronokkan!! =D Pukul 1.50 tren KLIA Transit tiba & kami sampai di KLIA pukul 2.05. Terus bergegas ke balai berlepas utk check-in di kiosk. Lepas salam perpisahan dgn Fatin, saya terus ke Gate A05 utk menunggu flight. Tepat pukul 3.15 flight saya bergerak ke Kota Bharu. Flight sgt lengang & rasa selesa sgt..ehehehhe... :-p Pukul 4.15 flight mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan selamat... Yaa, ayahanda saya telah sedia menanti anakandanya yg selalu travel ni...wakkakak!! Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan... Ahaks! :-p

Buat Dyqq, Zurin, Jimah & Yan: Thanks a lot for spending your precious times with me.. Ada jodoh & rezeki kita jumpa lagi... It was very enjoyable to be able to chitchatting with you, berhuhahuha sama2, membuatkan saya rasa happy dapat mengenali korang..huhuhuhu... Harap2 friendship kita everlasting & berterusan camni sampai bila2 although masing2 dah ada life masing2.. ;-) Love all of you so much!! Muahs!!



~ Saranghae!! =D ~

p/s: "The only way to have a friend is to be one." - Ralph Waldo Emerson

Posted at 01:52 pm by wsdiyana
5peak up!  

Monday, August 24, 2009
Stand by me.....




p/s: Selamat berpuasa! =D

Posted at 10:26 pm by wsdiyana
(2) voices  

Tuesday, August 18, 2009
Hidup saya ok! ;-)

Yes, hidup saya OK! Walaupun saya sedang mengalami selsema akibat kurang rehat & kerajinan yg melampau dlm mengemas & mencuci rumah nenek & bilik sendiri, hidup saya OK! Semalam tido dgn jumlah jam yg sgt cukup & menyebabkan saya rasa sihat sikit dari semalam, alhamdulillah... =D Yaa, saya sedang memakai mask di ofis..heheheh...prevention is better than cure ok? Walaupun tahap H1N1 di Malaysia makin tenat, masih ramai warga Malaysia yg segan-segan nak pakai mask. Ayat yg paling biasa didengari adalah "Ajal maut kat tangan Tuhan, kalau dah nak mati nak buat camana". Apakah??! Allah tak suruh kita berserah 100% kalau tak dak usaha. Kalau berserah 100% tu maknanya nak bunuh diri sebenarnya... :-| Silalah ambil berat sikit.

Di Kelantan kes H1N1 meningkat. Budak2 MRSM pun ada yg dah kena. Tapi cam biasa, keseganan utk pakai mask tu paham-paham jerlah... Pi Tesco hari tu pun boleh kira dgn jari jer yg pakai mask. Eh, chop. Iklan sikit. Parkson di Kota Bharu Trade Center (KBTC) dah bukak ok? ;-) Warga2 Kelantan di perantauan, sila take note. Jalan raya di KB semua dah one way. Contoh jalan depan Mydin & Pantai Timur one way. Then banyak jalan lama dibukak semula, contohnya jalan tepi Hotel Temenggung yg sebelum ni ditutup dah bukak balik. So hati-hati & jgn tersesat..hehehe....

Start minggu ni student final exam. Dalam masa ni jugak saya & Mummy kena conduct trial class utk student new intake for 2 weeks. Tak kisahlah! At least ada gak aktiviti, tak der laa boring sgt..heheheh... Nice!

Sabtu ni insyaAllah dah start puasa. Jadi saya nak pohon kemaafan dari semua kalau ada silap & salah. Semoga Ramadhan yg akan datang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, insyaAllah... ;-) Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia & selamat berpuasa...

p/s: Takbir raya tiada seri tahun ni dgn ketiadaan Ustaz Asri Rabbani... Al-Fatihah... :-(

Posted at 01:10 pm by wsdiyana
5peak up!  


Previous Page Next Page





wsdiyana
October 10th 1984  (Age 25)
Female
Malaysia
Status: In a relationship
Hobbies: Reading, listening to music, watching tv, movies, daydreaming..heheheh...
About me: I'm too difficult to understand! So, don't try to understand me.. Ahaks.. :-p
Fav. quote: Shoot for the moon! Even if you missed, you'll land among the stars... - Les Brown

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Follow wsdiyana on Twitter



Current mood:

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes
Orkut Icons


Business:

Batik & Kristal
Batik Kelantan & Kristal Sabah



Blogs:
Tun Dr. Mahathir Mohamad
CheE-kYe X-Centric
Safra's Old Corner
Tropical Jingga
Mya Sakura
Mizz Vivacious
Jamie Michigo
ReiLLo Luthiyen
Aida
Fatin
Kak Yanty
Farida
Azwa
Emylia
Yusri



SS501:
SS501 UFO
Triple S Malaysia

Berita:
Utusan Malaysia
Harian Metro
Berita Harian
The Star
New Straits Time

Favourites:
Facebook
Friendster
BlogThings
Google
War Of The Ring
Emyn Arnen
Jiwang.Org
Words of Wisdom
Formula 1
Internet Movie Database

E-mail:
Yahoo! Mail
Mail.com

Fotopages:
Safra's Fotopage
Abg Taufiq
Saiful Nang
Mya Sakura

Photo Albums:
My Family
Me & Abg Taufiq
CheE-kYe
My Skool Days
My Convocation Day

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes
Orkut Icons

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes
Orkut Icons



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed