~ Me & Jimah & Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ~
Saya telah ke Melaka 4hb - 6hb lepas. Cuti-cuti Malaysia... ;-) Memang best sebab telah setahun saya tak menjejak kaki ke Bumi Hang Tuah. Yaaa...Melaka sekarang dah tak sama dengan Melaka yang dulu!! Banyak perubahan yang positif, especially area Sungai Melaka, Eye On Malaysia, Dataran Pahlawan etc. Zaman saya di Melaka dulu, tak banyak tempat boleh visit. Even MITC pun sekarang dah ada macam-macam, dengan Mydin Mall nyer, Batik House, Planetarium..huishhh... :-p
3 hari saya, Jimah & Fatin ronda-ronda Melaka. Dari bandar Melaka ke Umbai, Ayer Keroh sampailaa ke Pantai Klebang yg telah ditambak itu..hohoho... Walaupun penat, tapi overall puas hati! =D Sebabnya kesemua tempat yg ingin saya lawati tercapai, ibarat mencantumkan semua kepingan jigsaw puzzle satu persatu.. Nice~~~ ;-)
Hari pertama, saya tiba di Melaka Sentral pada pukul 1 lebih di mana Jimah tengah menanti di A&W. Dari Melaka Sentral, kami terus check in di Hotel Seven, Jln Laksamana Cheng Ho area Bukit Cina.
~ Fatin & me at Hotel Seven ~
Kemudian kami ke Dataran Pahlawan & Mahkota Parade utk berjumpa dengan Fatin. Sambil-sambil itu TERbeli wedges..hahahaha~~ Takper, janji cantik & sedap dipakai.. :-p Lepas jumpa Fatin, kami bergerak ke MMU untuk menghantar pulang rakan Fatin di EP. Percaya tak aunty kedai Uptown masih ingat kat kitorang??? Huhuhuhuhu.... Soooo nostalgic!! Membeli-belah, baca magazine secara illegal kat belakang tu..ahhahahah... Adoiii~~ Rindu! Lepas settle, kitorang terus gerak ke Umbai.. Apakahh leh sesat??!! Hahahahha... =)) Apapun, kitorang berjaya gak sampai ke Perkampungan Terapung di Umbai Baru..ehhehe... Apa lagi? Makan seafood dgn seronoknya!! =D Haishh... Bila dah kenyang perut, kitorang tinggalkan Umbai & pulang ke bandar Melaka utk naik Melaka River Cruise area Muzium Samudera... Oh dear, sungguhlah cantik Sungai Melaka sekarang!!! Sgt enjoyable naik bot itu selama 45 minit.. Ahaks!Dalam pukul 11, kitorang balik ke hotel..
~ Sg. Melaka at night ~
Hari kedua. Lepas makan roti kat bilik, kitorang start berjalan ke destinasi pertama iaitu MMU. Hahahaha... Seperti biasa MMU memang lengang time weekend.. Jadi kitorang mulakan sesi fotografi. Oh hostel telah ditutup, CIMB bank telah berubah rupa, bangunan CLC lak cat dah mula luntur.. Sangat menyedihkan!!! Buat pengurusan MMU, tolong buat maintenance elok2!! Huhuhu... Habis hal di MMU, kitorang gerak semula ke bandar Melaka. Ke mana kali ni? Menara Taming Sari!! Muahahahha.. Akhirnya dpt jugak naik benda alah ni.. =)) Best! Oh Jimah saya takkan lupa muka awak yg panik itu..ahhahahah~~ Kemudian kitorang terus lunch di Quayside & berjalan-jalan area Stadhuys, Sg. Melaka, Kota A'Famosa dan sewaktu dengannya. Lama gak laa berjalan sampai lenguh kaki..hohoho... Then, kitorang ke Eye On Malaysia di Kota Laksamana.. Wahhh...sgt seronok! Once again, saya takkan lupa wajah panik Jimah itu..ahhahahah~~
~ Me & Fatin at Eye On Malaysia ~
Lepas Eye On Malaysia, kitorang ke MITC pulak, masuk Planetarium Melaka..ahaks! Dekat-dekat pukul 6 kitorang ke Jonker!!! Yeezzzaaaa!!!! Sgt suka dgn suasana itu..huhuhuhu... Rindu gila kat Jonker ok??!! ;-) Tgh2 berjalan terjumpa pulak dgn ex-skoolmate, Khalai & husband dia..ehhehe..Puas jalan-jalan, kitorang ke area Jalan Hang Tuah pulak. Hahhahaha...gatai sgt naik Pirate Ship kat situ.. Beta nyaris-nyaris muntah ok!!! 8-{ Huhuhuhuhuhuhuhu.... Habis jer pening, kitorang ke JJ Ayer Keroh utk dinner kat McD. Saya mengidam Prosperity Burger.. :-p Ahaks! Dalam pukul 10 lebih, kitorang pulang ke hotel.
Hari ketiga, lepas check-out hotel, kitorang terus ke Jonker untuk brunch. Singgah di Jonker88, pekena cendol & Nyonya asam laksa. Perghh~~ Love it!!
~ Fatin & Jimah at Jonker88 ~
Then saya shopping blouse di Jonker Gallery, baju2 situ sgtlaaaa cumil!! =D Settle Jonker, kitorang ke Klebang..uhuks...Klebang dah kena tambak! Hajat di hati asalnya nak turun tangkap gambar tapi since pemandangan sungguh tak indah kitorang batalkan saja. So, just dok dalam keta & teruskan perjalanan ke Melaka Sentral. Pukul 2.30 tiba di Melaka Sentral, Jimah menaiki bas pukul 3 manakala saya pukul 3.15. After saying goodbyes to each other, maka bas pun bergerak ke destinasi masing-masing. Jimah ke KL manakala saya ke LCCT. Tamatlah sudah journey saya di Melaka utk 3 hari itu.
Overall, saya puas hati! =D Thank you Jimah & Fatin sebab menceriakan holiday saya..hahahaha.. *peace* I won't forget the lovely moments that we shared together.. ;-) Harap2 kita leh bercuti camni lagi dgn member2 yg lain.. =D
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua Muslimin & Muslimat... Hari ni dah masuk hari raya ke-3. Dalam semua orang sedang sibuk mengagih-agihkan daging korban & buat jamuan makan-makan, saya banyak habiskan masa di rumah kerana kurang sihat...huhuhu...
Yaa, udah 4 hari saya bermasalah dengan perut, kepala dan pinggang saya. =(( Semuanya berpunca daripada tahap kafein di dalam badan saya yang mana melebihi dos pada hari Rabu lepas. Saya minum kopi, Neslo untuk 2 hari berturut-turut. Kemudian balik ke rumah, mama saya buat gulai tempoyak ikan patin..huhuhu.. Esoknya terus perut rasa tak sedap... Kalau ikut abah, tempoyak tu sendiri menyebabkan angin... Tambah-tambah 2 hari makan gulai yang sama..haish...
Masuk hari raya, makan bihun pulak. Erkkk~~ bertambah-tambah lagi angin!! Huhuhuh...di tengah hari raya yang indah, saya tidur saja sehingga maghrib kerana saya rasa seperti mau demam. Esoknya, perut saya masih merepek. Pinggang saya lak sakit. Mungkin kerana saya tolong mama angkat meja hari tu..huwaarghhh!! Dah nak berjalan pun tak boleh... Rasa cam nenek kebayan jerk...
Saya minum Oralite perisa oren (stok yg doktor kasi dulu utk cirit-birit & muntah-muntah). Alhamdulillah OK sikit. ;-) Hari ni rasa segar daripada kelmarin.. Pinggang saya dah ok jugak..berkat menyapu Sloan's Analgesic yang panas itu..wahhhh~~ Rasa berapi jerk sampai ke malam..hahahahha... Untuk perut, saya makan kurma. Yaa..kurma adalah ubat paling mujarab utk sakit perut!!! Percayalah!! =D
Hari ni baru saya terfikir macammana saya tetiba boleh sakit. Abah ada pesan, masa Aidiladha ni, pintu langit terbuka. Jadi semua percakapan kena ada batasan, tak leh cakap lepas jerk. Kalau di Arab, masa musim ni org tak digalakkan keluar rumah & hanya duduk baca Al-Quran saja..huhuhuhu... Bila fikir-fikir balik, saya pernah tercakap masa hari Rabu itu dekat Fatin. Saya gemuk. Nak buat camana ntah?! Erkkk~~ kan dah kena pembalasan?? Saya sakit perut dgn begitu hebat menyebabkan badan saya susut dengan serta-merta. Pagi tadi saya timbang, berat saya dah tinggal 48kg jer.. Bukan 51kg cam biasa..huhuhuhu... 'Doa' saya telah dimakbulkan nampaknya... Tambah2 masa tu dekat ngan hari wukuf...uhuks! Insaf~~~ =(
~ In Loving Memory of Johnny ~ 11th October 2007 - 18th November 2009
Rest in peace my dear friend...
... I'll always remember your whines every morning and night ... ... I'll never forget your loyalty to wait for me each time I took my shower. You rolled on the floor when I got out of the bathroom, just to get petted by me. (You were sooo happy to smell the fragrance of my shower gel because you loved good scents sooo much..) ... ... I'll always remember your big red lips (though it was caused by the fungus infection) You looked way sooo cute!! ... I won't forget your eagerness to get out of the cage everytime you felt bored getting tortured by Fifi & Julie..hehehhe ... ... I'll always remember the way you rolled on the sejadah each time mama started to pray ... ... I'll never forget your paranoia habits. You were scared of almost everything!! What a stressful cat you were! Hehehe ... ... I'll always remember the way you tried to fight with Julie and chased her around till you were scolded by me and Mama ... ... I won't forget how much you loved to 'gomol' Fatin's hair and how addicted you were!! ...
Johnny dear, thanks for lighting up my life since the past 2 years. You had given me sooo much love and memories to cherish for the rest of my lives. We will always love you... May you rest in peace...
p/s: I could still remember the day I welcomed you to the family. It was around 1.15 am. Ironically you left us on the same time as you were born... :-(
Semua org pernah melalui fasa patah hati. Masa patah hati, semua rasa kelam. Selalunya masa kelam tu lah, boleh buat benda bukan-bukan. Contohnya, bila dah tau benda tu salah tapi kita buat jugak. Erk~~ Motif? Motifnya untuk kepuasan diri sendiri. Dengan alasan orang lain tak paham aku. So lantaklah kan! Tapi cuba tanya kat diri sendiri, aku sendiri paham tak apa yang aku buat ni? ;-)
Fasa patah hati mmg perit. Tapi kena jugak carry on. Kalo tak, hidup ni tak dinamakan hidup. Dalam masa patah hati ni, adalah sgt senang utk sesat. Jadi untuk mengelakkan sesat, silalah cari orang yg dapat membantu. Orang kat sini bukannya orang yg setakat leh bagi kata2 positif, tapi jugak negatif! Kenapa? Sebabnya sahabat yang sebenar adalah sahabat yang berani tegur kesalahan kita kalau confirm kita buat salah. Kalau semuanya positif, itu hipokrit sebenarnya!! See?? Macam jugak kita share stories dgn family, tak semuanya keluar kata2 positif kan? Kalau tak, takkan kita leh bergaduh ngan parents kita, especially mak kita kan? Hahaha.. Tapi pusing2, mak kita jugak yang setia dengan kita. Pusing2 kita baik balik ngan mak kita. Sebab kita tahu mak kita takkan buang kita sewenang-wenangnya UNLESS kita buat benda yang sangat2 dia tak boleh terima. Wallahualam~~
Hidup ni tak selalunya ikut planning. Selalunya terumbang-ambing jugak. Cumanya, kena satukan hati, kuatkan semangat saja. Ada orang nampak cam happy, tapi sebenarnya tak. Ada orang nampak cam jenis tak kisah, tapi sebenarnya dia manusia yang paling caring kat dunia..contohnya Jungmin!! Hahahha.. (pinjam jap yer Jimah..) Ada orang nampak cam serius, pendiam tapi sebenarnya sengal cam Leader..wakkakaka!! (Sorry Kak Jah..) Jadi, silalah buka mata dan minda.. ;-)
Satu yang kena ingat, DIA ada bersama kita. Susah macammana pun, DIA ada. Kawan-kawan ni hanya sampingan saja. Yang penting, DIA.
Nasihat saya, keep on LIVING & find good supports!! =D InsyaAllah semua akan OK lah~~ Ahaks!
p/s: Sahabat-sahabat tersayang, ada nak pesan apa2 dak sblm saya terbang ke negeri di bawah bayu esok? ;-)
Saya sakit gusi.. Sebab gigi nak tumbuh.. Bukan, bukan geraham bongsu. Ini gigi lain, salah satu daripada 11 batang gigi yg masih belum tumbuh..huhuhuhu... Setakat ni saya hanya ada 25 batang gigi, kalo tumbuh yg ni jadi 26. Maknanya ada 10 lagi laa kan... Aarghhh!!! Sakit jiwa betul aar... 8-{
Cakap pasal gigi, kelmarin baru saya dapat tahu.. Doktor Tang, doktor gigi saya sepanjang saya tinggal di Kulim dulu dah pun meninggal lebih 2 tahun lepas sebab cancer (kalo tak salah)...huhuhuhuhuhu... =(( Sepanjang hidup saya, hanya beliau dan nurse di sekolah saya saja yang pernah cabut gigi-gigi saya.. Masih teringat2 tiap kali pegi jumpa dia, mesti dia buat lawak tak nak bagi takut, ceria2 selalu laa maknanya.. How I miss him so dearly!!! :-( Sedihnya dia dah tak ada... May him rest in peace... I love you Dr. Tang!!! uhukss... =((
p/s: Kan kukenang jasamu sepanjang hidup... Terima kasih doktor!!
wsdiyana October 10th 1984 (Age 25) Female Malaysia Status: In a relationship Hobbies: Reading, listening to music, watching tv, movies, daydreaming..heheheh... About me: I'm too difficult to understand! So, don't try to understand me.. Ahaks.. :-p Fav. quote: Shoot for the moon! Even if you missed, you'll land among the stars... - Les Brown